Monday, August 2, 2010

Baca Dan Amal

ana ni terlibat secara tak langsung dengan MLM atau paling tepat kakak ana adalah pemilik agensi sebuah MLM di pasir mas.

Berdasarkan pengalaman ana, ana lihat kelemahan pengedar2 HPA ialah tidak fasih pelan pemasaran dan tidak banyak ilmu tentang produk knowledge. Termasuk ana sendirilah, ilmu hanya dalam KPJ yang bulih dihadiri sebulan sekali dan buku2 semata.
Jauh berbeza dengan pengedar2 MLM ini yang mengadakan kuliah tetap percuma 3kali seminggu dan hari jumaat adalah kuliah wajib yang merangkumi kelas produk, pelan pemasaran, strategi pemasaran dan demo keberkesanan produk.

Dari situ kita boleh lihat kesungguhan pengedar MLM ini menyampaikan maklumat dan memasarkan produk mereka.

HPA pulak berkembang atas kesedaran untuk mencari produk yang halal lagi baik tetapi tidak ramai yang mampu menyampaikan maklumat tentang produk HPA selain ianya halal.

Jadi ana cadangkan adakan kelas diwaktu petang(utk hari2 biasa) atau hari jumaat atau sabtu petang.

Ini sekadar pendapat ana menilai dari pengalaman kejayaan MLM ini menaikkan imej produk mereka walaupun tanpa label Halallan Toyyiba. wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment